-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday, 11 July 2011

Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan UPSR 2011

10 Julai 2011 - Ahad

PIBG dan pihak SKSD telah menganjurkan satu lagi aktiviti yang mana kali ini melibatkan ibubapa bersama dalam memastikan tahap kecemerlangan anak didik SKSD dalam keadaan yang memberansangkan. Dalam program ini, ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka telah menerima input dari Kaunseling PPD Jasin Iaitu Tn Hj Mat Shah Bin Hj Othman. Selepas Sesi kaunseling, anak-anak diberikan satu lagi sesi bersama guru cemerlang Bahasa Melayu SKSD Pn Fadhilah Bte Embi. Beliau telah memberikan beberapa tips yang berguna untuk digunakan oleh anak-anak tahun 6 kelak semasa menghadapi kertas Bahasa melayu.