-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday, 23 November 2011

Makmal ICT SK Serkam Darat dalam proses penggantian.

untuk perhatian semua, makmal ict sekolah ini sedang dalam penaiktaraf. proses ini meliputi perabot dan pc baru. diharapkan kesabaran anda semua akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk proses p&p akan datang. selain itu juga proses penggantian ini juga akan meliputi pendawaian baharu. pihak ict sekolah juga sedang menantikan kontraktor untuk menjalankan kerja ini. sedikit gambar keadaan sebenar makmal ict sekolah kebangsaan serkam darat ini.
 
 
 

Friday, 4 November 2011

-:: "POT LUCK" KELAB GURU & STAF::-

04 NOVEMBER 2011 - JUMAAT

SELEPAS MAJLIS JASAMU DIKENANG - PN FADHILAH, PIHAK KELAB GURU & STAF TELAH MENJEMPUT PN FADHILAH UNTUK MEMERIAHKAN LAGI POT LUCK KALI INI. SEMUA WARGA SKSD TELAH MENYUMBANGKAN JUADAH MASING-MASING. MAJLIS POT LUCK TERSEBUT TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 10.10 PAGI DAN BERAKHIR PADA PUKUL 10.40 PAGI. SEMOGA BERJUMPA LAGI PADA POT LUCK YANG AKAN DATANG.

 
 
 

-:: MAJLIS JASAMU DIKENANG ::-

04 NOVEMBER 2011 - JUMAAT


SETIAP YANG DATANG PASTI AKAN  PERGI MENINGGAL KITA SEMUA. BEGITU LAH JUGA NASIB GURU YANG TELAH LAMA BERADA DI SK SERKAM DARAT IAITU PN FADHILAH BTE HJ EMBI. SEBAGAI SALAH SEORANG GURU PENERAJU SEKOLAH INI, BELIAU BERASA AMAT BERAT UNTUK MENINGGALKAN SEKOLAH YANG TELAH DIBANGUNKAN DENGAN VISI DAN MISI DAN SEGALA YANG TELAH DIRANCANGKAN DARI SEBUAH SEKOLAH YANG BIASA SEHINGGA BERIDENTITI TERSENDIRI. NAMUN DEMI KEPERLUAN ANAK BANGSA, BELIAU TABAHKAN HATI DEMI MEMENUHI TUGAS HAKIKI BELIAU SEBAGAI SEORANG GURU. SESUNGGUHNYA SEMANGAT BELIAU HARUS MENJADI CONTOH KEPADA SEMUA GURU-GURU MUDA SUPAYA TERUS MENABURKAN BAKTI DEMI NUSA DAN BANGSA TERCINTA.


SEMOGA BELIAU AKAN TERUS MENABUR BAKTI DEMI ANAK BANGSA DAN NEGARA. DARI ITU PIHAK KELAB GURU & STAF SKSD TELAH MENGADAKAN SEDIKIT MAJLIS UNTUK BELIAU BERSAMA PIHAK SEKOLAH UNTUK KALI TERAKHIR BERMAAF-MAAFAN ANTARA SATU SAMA LAIN. BELIAU JUGA TELAH DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA BERSAMA MEMERIAHKAN MAJLIS POT LUCK KELAB GURU & STAF 2011.
SEDIKIT CORAT-CORET SEMASA MAJLIS TERSEBUT.


 
 
 



 

 

 
 

 




Wednesday, 2 November 2011

-:: KBS KE-4 (TERAKHIR) ::-

01 NOVEMBER 2011 - SELASA.

SEBAGAI MELENGKAPKAN TAKWIM DAN JUGA TANGGUNGJAWAB MENYEMPURNAKAN RUKUN SOLAT, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TELAH MENJALANKAN SATU LAGI KBS YANG TERAKHIR AIATU KBS SIRI 4. KALI INI KBS DI JALANKAN MELIPUTI SEMUA TAHUN DARI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6. IA NYA TELAH DIKENDALIKAN SEMUA GURU SKSD SECARA BERGILIR-GILIR.BERKAT KERJASAMA SEMUA, KBS KALI INI TELAH BERJALAN LANCAR.

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI KBS AKAN DATANG. AMIN....