-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 3 February 2012

-:: SKSD Cemerlang ::-


 
 Tahniah diucapkan kepada pasukan badminton Sekolah Kebangsaan Serkam Darat kerana telah berjaya mendapat tempat untuk mewakili Kawasan Merlimau ke peringkat negeri yang akan diadakan di SMK Yok Bin, Air Leleh. Kejohanan MSS Kwasan Merlimau tersebut telah diadakan di SMK Seri Mahkota Bertarikh 31 Jan 2012. Kejayaan yang boleh kita banggakan ialah adik Izzan Izwani Bte Jantan kerana telah berjaya menjadi johan wanita perseorangan 3 kali berturut-turut termasuk tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada seorang lagi wakil sekolah iaitu adik Siti Julyana Bte Khairul Azhar yang telah merangkul tempat ke-2 (naib johan). Jaguh kita ini akan mewakili Kawasan Merlimau Di SMK Yok Bin. Diharapkan jaguh SKSD ini akan mempamerkan permainan yang lebih baik bagi membuktikan SKSD adalah yang terbaik. Salam Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment