-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 28 January 2012

-:: Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR Kali pertama ::-

Pada 26 Januari 2012, hari khamis, pihak sekolah SKSD serta PIBG sekolah telah mengadakan satu majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin kali pertama untuk calon-calon UPSR bagi tahun 2012, SKSD. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa serta penjaga juga warga SKSD yang telah meluangkan masa bersama anak-anak calon UPSR ini. Tiada lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keredhaan tuhan yang maha Esa supaya dibukakan pintu hati mereka supaya mudah menerima ilmu dan  dipermudahkan segala urusan pentadbiran sekolah dan juga calon khas nya. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ibubapa dapat merasakan gema UPSR yang bakal anak-anak ini lalui pada bulan september kelak. Semoga anak-anak ini akan menjadi insan yang berguna di suatu masa nanti. Insya Allah.

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment