-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday 5 April 2012

-:: Hari Kantin 2012 ::-



Hari Kantin SKSD tahun 2012 telah selamat dijalankan pada 28 Mac 2012 bersamaan hari Rabu. Tarikh dipilih oleh pihak pentadbir kerana pada tarikh ini sekolah menerima kedatangan Science On Wheel, Pusat Sains Negara. Hari Kantin SK Serkam Darat juga turut dimeriahkan oleh kunjungan sekolah jiran yang mengunjungi Pameran yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara.Pihak sekolah juga mengundang semua warga SKSD dan keluarga untuk bersama-sama memeriahkan lagi Hari Kantin ini. Semua guru terlibat dalam menjayakan Hari kantin ini. Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah Senamrobik, Cabutan pengunjung bertuah, gerai bertuah, tujukan lagu, pameran Pusat Sains Negara, jual beli juga Science On Wheel oleh PSN.

 

 

No comments:

Post a Comment