-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Sunday 15 April 2012

-:: Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan UPSR.::-

Pada 14 April yang lalu, PIBG bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD telah menganjurkan satu program khas bagi murid-murid tahun 6 bagi sesi 2012. Program tersebut ialah Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Matsah Bin Othman, Kaunselor PPD Jasin, khas untuk penjaga tahun 6 yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.45 pagi. Seterusnya pengisian untuk murid tahun 6 iaitu Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR subjek Matematik yang telah disampaikan oleh Cikgu Rosli Bin Md Sih ( SK Telok Mas ). Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKSD, Puan Normi Bt Jantan. Program tersebut selesai jam 1.00 tgh hari. Selain itu murid-murid tahun 6 juga turut diberikan t-shirt kelas tambahan untuk dipakai semasa menghadiri kelas tambahan yang diadakan pihak sekolah. Semoga murid-murid dan penjaga tahun 6 akan mendapat sedikit sebanyak tips dan ilmu untuk dipraktikkan dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak SK Serkam Darat ini yang sememangnya memerlukan perhatian yang secukupnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment