-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday 19 April 2012

-:: MTQSS KPM Peringkat Neg. Melaka ::-

18 April 2012, Rabu - SKSD mencipta sejarah lagi apabila telah dipilih sebagai lokasi pertandingan yang besar iaitu Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Neg. Melaka. MTQSS kali ini melibatkan dua buah sekolah yang SKSD menjadi medan bakat bagi sekolah rendah manakala SMA(j) Assaiyidah Khadijah untuk medan bakat sekolah menengah. Antara kategori yang dipertandingkan bg sekolah rendah ialah Tilawah Al-Quran (L/P), Hafazan (L/P), dan Bercerita (L/P) manakala kategori bagi kategori sekolah menengah pula ialah Syarahan(L/P), Hafazan (L/P), dan Tilawah Al-quran (L/P).





SKSD turut berjaya menghantar seorang wakil diperingkat negeri ini. Beliau ialah Adik faiz Bin Zailan yang bertanding bagi kategori bercerita L. Pihak sekolah berbangga dengan usaha dan semangat adik Faiz yang telah mengorbankan masa dengan latihan demi memberikan persembahan yang terbaik untuk sekolah. Walaupun hanya berjaya ditempat saguhati, namun pihak sekolah tetap memuji sikap adik faiz atas kesungguhan dan iltizam beliau dalam memberikan yang terbaik buat SKSD tercinta.

No comments:

Post a Comment