-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 13 April 2012

-:: Pertandingan Pidato Piala Ketua Menteri ::-


Pada 12 April 2012 bersamaan hari Khamis, SKSD telah menghantar wakil dalam Pertandingan Pidato Piala Ketua Menteri. Pertandingan tersebut telah berlansung di Dewan SK Merlimau 2. Adik Mohamad Harith Bin Zaini bersama guru pengiring iaitu En Shahril Bin Mislan juga bantuan guru-guru SKSD telah memberikan usaha dan tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan yang terbaik untuk sekolah. Tapi apa pun adik Harith hanya berjaya menduduki tempat ke-5. Pihak sekolah merakam jutaan terima kasih dan tahniah kepada adik Harith kerana walaupun baru pertama kali mewakili sekolah dalam pidato, atas usaha yang telah ditunujkkan, tempat ke-5 adalah pencapaian yang boleh kita banggakan. Diharapkan kepada semua anak-anak SKSD dapat berusaha bagi memberikan yang terbaik juga dalam semua sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Tahniah adik Harith.

No comments:

Post a Comment