-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday, 26 May 2012

-:: English Week @ SKSD ::-

Sepanjang minggu bermula 21 - 25 Jun 2012, Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan Minggu Bahasa Inggeris mereka. Pelbagai acara yang telah di adakan seperti Spell It Right, Singing Contest, Public Speaking dan banyak lagi. Sambutan yang diberikan masih kurang terutamanya dari segi penglibatan pelajar lelaki. Diharapkan fenomena ini akan dapat diubah supaya dapat memberikan saingan yang sihat dalam bidang akademik mahupun sahsiah. Sedikit rentetan semasa beberapa acara sedang berlansung yang sempat lensa ICT rakamkan untuk tatapan kita semua.

 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 17 May 2012

-:: Selamat Hari Guru ::-

Setiap tahun, tanggal 16 Mei menjadi sebutan bagi golongan pendidik. Tak kiralah dari sekolah rendah hingga yang tertinggi, walaupun hanya mengajar sepatah huruf sekali pun. beliau dianggap guru. Jadi SKSD pada tahun 2012 ini tampil dengan sambutan Hari Guru dan Pekerja dengan Tema hari guru tahun ini `GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA'. Tema yang dipilih sesungguhnya mempunyai misi dan visi tertentu yang mana menjadi sasaran golongan pendidik bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dalam semua bidang. Kali ini, sambutan hari guru telah dikelolakan oleh Kelab Guru yang dipengerusikan oleh En Abd Kadir B Hamidun dengan jentera AJK yang elit telah bertungkus lumus menyiapkan segala yang perlu bagi memastikan semua nya berjalan lancar.

































Tanpa diduga, SKSD telah didatangi oleh YB DUN Serkam iaitu Tn Hj Ghazale bin Mohamad, turut bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari guru kali ini. Pihak sekolah begitu teruja dengan semangat beliau yang sangat  mengutamakan pendidikan. Beliau juga menyumbang hamper kepada pihak sekolah sempena Sambutan Hari Guru kali ini.
Pada hari tersebut juga, guru-guru dihidangkan dengan permainan bersama murid juga warga sekolah. Kemeriahan dan kegembiraan jelas terpancar apabila guru-guru menerima hadiah dari murid-murid, sesungguhnya guru tidak begitu mengharapkan hadiah tersebut tetapi bagi guru hadiah yang amat bernialai adalah kejayaan anak didiknya dalam membentuk jati diri dan masa depan masing-masing.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tn Hj Ghazale Mohamad yang telah sudi mengunjungi SKSD dan turut memeriahkan lagi sambutan Hari Guru tahun. Semoga kita semua akan bertemu lagi di sambutan Hari guru yang akan datang. Insya Allah.