-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 30 June 2012

-:: Minggu Matematik SKSD 2012 ::-

25 - 29 Jun 2012

Seperti aktiviti tahun lain, Panitia Matematik SKSD di bawah ketua panitia nya iaitu Pn Suhaila Bt Ishak telah menjalankan Minggu Matematik. Sepanjang seminggu program tersebut diadakan banyak aktiviti yang telah disediakan dan penyertaan juga agak memberangsangkan dari tahun lepas. Alhamdullilah semua berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru matematik terutamanya dalam menjadikan minggu matematik kali ini mencapai matlamatnya.Pelancaran Minggu Matematik ini telah disempurnakan oleh En Omar B Ismail GPK HEM SKSD.

Sedikit rentatan aktiviti yang sempat dirakamkan oleh lensa Unit ICT SKSD. Gambar yang selebihnya ada dimuatnaik di page FB Sekolah ( http://www.facebook.com/mba1029 )
Sila Klik Like ye.

 


 
 

 
 



 
 

 
 
 


 


Tuesday 26 June 2012

-:: Pelancaran Program Mentor Mentee ::-

25 Jun 2012 - Isnin


 
 
 
 
 
 




Unit Bimbingan & Kaunseling SKSD kali ini tampil lagi dengan aktiviti yang berikutnya iaitu Pelancaran Program Mentor Mentee tahun 2012. Kali ini Pelancaran program tersebut telah dibuat oleh En Omar Bin Ismail, GPK HEM SKSD. Program tersebut bertujuan supaya mentor yang telah terpilih dapat memberikan tunujuk ajar agar murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR kelak akan lebih berkeyakinan dan mempunyai asas yang cukup untuk terus melangkah demi memberikan yang terbaik dalam hidup. Program yang telah diketuai oleh En Abdul Kadir B Hamidun telah melibatkan beberapa orang guru yang berkaliber bagi memberikan yang terbaik untuk mentee masing-masing. Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat menaikkan lagi semangat dan iltizam murid dalam memberikan yang terbaik untuk sekolah. Insya Allah.