-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Sunday 17 June 2012

-:: SKSD @ Pertandingan Akhir Bicara Berirama Neg. Melaka ::-

Pada 16 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu, pasukan Bicara Berirama SKSD telah  menyertai Pertandingan Akhir Bicara Berirama Neg. Melaka. Pertandingan ini diadakan di atas dasar MBMMBI yang mana bagi subjek Bahasa Melayu dalam bidang Ko-Akademik belum ada penglibatan secara kumpulan, jadi dari itu, Bicara Berirama diadakan bagi memeriahkan lagi pertandingan Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut telah dikelolakan oleh SK Datuk Hj Baginda dan telah dijalankan di SK Serkam Darat.
Selaku sekolah tuan tanah, walaupun hanya berjaya merangkul tempat ke-5 dari 9 penyertaan, pihak sekolah amat berbangga atas kesungguhan pasukan sekolah dalam memberikan yang terbaik bagi sekolah tercinta. Atas bimbingan dan tunujuk ajar guru yang bertanggungjawab iaitu En Shahril B Mislan juga dibantu oleh beberapa orang guru lain seperti Pn Suzannah Ahmad serta semua warga SKSD.Syabas dan tahniah buat pasukan Bicara Berirama SKSD.




Majlis penyampaian hadiah peringkat sekolah telah diadakan semasa perhimpunan rasmi minggu 22 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn Normi Bt Jantan. Bagi pasukan Bicara Berirama Sekolah, kita akan terus menebus kemenangan demi maruah sekolah. teruskan usaha, doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian semua. Amin. 


No comments:

Post a Comment