-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 9 July 2012

-:: Minggu Bahasa Melayu ::-

02-06 Julai 2012

Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu yang diketuai oleh Pn Rozita Bt Abu. Banyak aktiviti dan pertandingan yang menarik telah dijalankan. Dengan bermatlamatkan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, pihak sekolah dapat merasakan semangat bersaing secara sihat telah ada dalam diri murid-murid sepanjang minggu Bahasa Melayu berjalan.
Majlis penutup pula telah diadakan pada 09 Julai 2012 (Isnin) yang mana telah disempurnakan oleh Pn Normi Bt Jantan, Guru Besar SKSD. Dapat disimpulkan kebanyakan daripada barisan pemenang merupakan murid yang sama penerima hadiah pada minggu Matematik. Harap fenomena ini dapat diperbaiki supaya murid  SKSD lebih agresif, aktif dan kreatif dalam memberikan yang terbaik diri sendiri juga sekolah.

 
 

  

 
 
 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment