-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 23 July 2012

-:: Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan 2012 ::-

23 Julai 2012, Isnin - SKSD sekali lagi muncul dengan program tahunannya lagi. Kali ini Program yang baru disempurnakan pelancarannya oleh Puan Normi bt Jantan, GB SK Serkam Darat.Majlis pelancaran telah berjalan dengan lancar dan penuh warna-warni. Program tersebut akan berlansung bermula dari 23 Julai - 21 Sept 2012. Antara pengisian sepanjang bulan tersebut adalah seperti berikut :-
  • Kelas ceria Merdeka.
  • Gotong-royong Bendera terpanjang.
  • Puisi Merdeka.
  • Pertandingan Koir
  • Pertandingan Mewarna ( tahap 1, Pra Sekolah, PPKI )
  • Pertandingan Melukis Poster ( tahap 2 )
  • Majlis Penutup.
Diharapkan apa yang disasarkan oleh unit Ko-Kurikulum terutamanya Bahagian Kelab & Persatuan selaku pengelola program ini akan tercapai dengan adanya  kerjasama erat semua pihak adanya. Insya Allah. Dalam ucapan, GB juga menggalakan agar anak-anak menanamkan semangat patriotik yang tinggi sepanjang bulan kemerdekaan ini. Semoga program akan berjalan lancar dan sempurna seperti yang dikehendaki semua.  

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment