-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday 11 July 2012

-:: Solat Hajat UPSR 2012 Kali Ke-2 ::-

10 Julai 2012 - Selasa ,  Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru tahun 6 sekali lagi telah menjalankan aktiviti murni mereka iaitu Majlis Solat Hajat UPSR 2012 kali Ke-2. Majlis telah berlansung di Dewan Hjh Maimunah Khamis, SKSD. Majlis tersebut tealh dimulakan dengan solat fardhu maghrib dan diikuti dengan bacaan yaasin. majlsi diteruskan lagi dengan solat hajat dan seterusnya solat fardhu isya`. Sebagai penangguhan, majis di akhiri dengan jamuan ringan.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi mengimarahkan lagi majlis ini terutamanya Ustaz Hasanuddin b Adnan yang sudi mengetuai solat hajat kita kali ini. Semoga usaha kita ini akan diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal oleh NYA. Amin.








 



 

No comments:

Post a Comment