-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 2 July 2012

-:: Ziarah Kelab Guru & Staf ::-

28 Jun 2012 - Khamis

Ketiadaan GB di sekolah telah membuatkan semua warga SKSD risau, setelah dengan berita yang mengejutkan iaitu suami GB En Abu Bakar Bin Alim juga selaku Pegawai PPD Jasin telah diserang penyakit jantung pada 21 Jun yang lalu. Kelab Guru & Staf SKSD telah membuat kunjungan dengan harapan agar dapat meringankan sedikit perassan risau Pn GB kami terhadap keluarga beliau. Pn Normi dalam ucapan pendek pagi perhimpunan pagi pada 02 Julai , juga telah merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi mengunjungi rumah beliau semasa ketiadaan beliau di sekolah.Beliau juga amat berterima kasih di atas segala kerjasama yang ditunjukkan oleh semua warga SKSD dalam menjayakan semua aktiviti sekolah semasa ketiadaan beliau dis sekolah.

Pengerusi kelab Guru & Staf 2012, iaitu EnAbdul Kadir Hamidun juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKSD yang telah meluangkan sedikit masa dalam lawatan kali ini. Insya Allah, kami, warga SKSD sentiasa mendoakan agar semua warga SKSD dalam lindungan ALLAH SWT dan sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna agar dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Amin.

 

 
 


No comments:

Post a Comment