-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday, 5 September 2013

DOAKAN KEJAYAAN UNTUK SEMUA CALON UPSR SKSD 2013
PADA 10 HINGGA 12 SEPTEMBER 2013 SEMUA CALON UPSR SEKOLAH KITA AKAN MENDUDUKI UPSR 2013 BERTEMPAT DI DEWAN HAJJAH MAIMUNAH KHAMIS.HARAPAN KAMI SEMUA WARGA SKSD AGAR SEMUA CALON UPSR TAHUN INI AKAN DAPAT MENJAWAB SETIAP SOALAN DENGAN TENANG DAN AKAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

Wednesday, 4 September 2013

MAJLIS PELANCARAN AMBANG KEMERDEKAAN 2013
Pada 30hb Ogos 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran Ambang Merdeka 2013. Majlis ini berlangsung dengan meriah yang dirasmikan oleh Pn.Normi Binti Jantan Guru Besar SKSD.Pada Bulan ini juga telah berlangsung pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan negara,antaranya kuiz kemerdekaan, Pertandingan Koir dan sebagainya. Tahinah kepada unit kokurikulum  kerana telah menganjurkan majlis ini dengan meriah.Tahniah.




















Monday, 8 April 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6

SEKALI LAGI,pada hari ini 8hb April 2013 unit Kurikulum telah melancarkan program ini.Antara rasional program ini diadakan adalah untuk membimbing murid-murid tahun 6 memperolehi kejayaan dengan cemerlang  dalam UPSR 2013 AKAN DATANG. Program ini melibatkan barisan guru -guru SKSD dan semua murid tahun 6.Amat diharapkan program ini akan memberi impak kepada semua murid yang terlibat.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI.
Mengikut agenda program ini akan berlangsung pada setiap minggu mengikut masa dan kesuaian guru.
ENGLISH WEEK YEAR 2013

Hari ini sekali lagi Panitia Bahasa Inggeris SKSD telah melancar program Minggu Bahasa Inggeris.Program ini telah dilancarkan oleh Pn.Normi Bin Jantan Selaku Guru Besar SKSD.sepanjang program ini pelbagai program telah dan akan diadakan sepanjang minggu...
Antaranya Jom kita lihat,
    •  9/4/2013 action song,short essay,writing,competition level 2
    • 10/4/2013 action  song,story reading,competition level 1,spelling
    • 11/4/2013 quiz level 2  colouring level 1
    • 12/4/2013 reciting poem
    • 13/4/2013 closing ceremony
Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan meriah.

Tuesday, 19 February 2013

-:: Kursus Kepimpinan 2013 ::-

Pada 15 hingga 17 Februari 2013, SKSD sekali lagi telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan 2013 yang bertempat di Idham Mutiar Resort Umbai Melaka. Pesrta yang terlibat dalam kursus ini terdiri daripada badan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua darjah dan pembimbing rakan sebaya. kursus ini telah berjaya diadakan dengan memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin serta memberi kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab yang dipikul. kursus ini telah ditutup rasmi oleh Yang Berbahagia Encik Abu Bakar Alim, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.