-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday, 31 December 2014

HARI PENDAFTARAN & TAKLIMAT PRA SEKOLAH BAGI SESI 2015

Hari Pendaftaran & Taklimat Pra Sekolah 2015
Tarikh : 31 Disember 2014
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Hjh Maimunah Khamis.

Seperti mana biasa setiap tahun, SKSD menjalankan Hari Pendaftaran & Taklimat Pra Sekolah di Dewan Hjh Maimunah Khamis.Antara penigisian pada hari tersebut ialah menjalankan pendaftaran persekolah bagi sesi 2015, membuat bayaran buku, pembelian buku dan alatulis yang berkaitan, taklimat pra sekolah yang telah disampaikan oleh Pn Sitina 'Aisah Bt Abdullah, dan juga pembayaran duit yuran PIBG.

Majlis tersebut telah dimulai denagn ucapan selamat datang kepada semua ibu bapa penjaga juga guru baharu berpindah ke SKSD termasuk semua warga sekolah. Ramai juga penjaga yang hadir bagi menguruskan hal-berkaitan persekolahan anak-anak jagaan masing-masing. 

Semua urusan bejalan lancar dengan adanya kerjasama yang baik dari semua.