-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Sunday 25 May 2014

KARNIVAL BSN & HARI KANTIN SKSD 2014







24 MEI 2014,SABTU - SK Serkam Darat bersama dengan Bank Simpanan Nasional Negeri Melaka telah mengadakan Karnival BSN bertempat di perkarangan Dataran Hikmah dan Dewan Hjh Maimunah Khamis SKSD. Pelbagai aktiviti yang telah berlansung semasa karnival berlansung antaranya Pencarian Bakat Baru, Pendaftaran Akaun Baru, Kuiz dan penampilan maskot BSN. 
SKSD juga turut tidak melepaskan peluang dengan melaksanakn Hari Kantin SKSD 2014. Seperti biasa, pada Hari Kantin kali ini, SKSD telah membuka beberapa gerai yang di buka oleh barisan guru-guru SKSD dan terdapat juga beberapa penggerai luar yang turut memeriahkan jualan pada hari tersebut. Pada hari tersebut juga ada beberapa acara berlansung seperti sukaneka keluarga, karaoke, cabutan bertuah, pertandingan teka gula dalam balang dan juga Jumble Sale.
Pada keseluruhan, perjalanan hari tersebut meriah dan lancar walaupun keadaan cuaca yang cerah dan panas, namun pengunjung tetap menanti sehingga majlis bersurai.