-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 5 August 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN SKSD 2014


 


Pada 4 Ogos 2014 hari Isnin bersamaan 8 Syawal 1435h, Unit Kokurikulum telah melancarkan Bulan Kecergasan SKSD Tahun 2014. Bulan Kecergasan tersebut telah dirasmikan oleh En Kamarudin Bin temu, Guru Besar SK Serkam Darat. Bulan Kecergasan yang sepatutnya dijalankan pada bulan Julai yang lalu telah di tunda dan dilaksanakan pada bulan Ogos 2014 untuk memberikan laluan kepada Unit Pendidikan Islam bagi melaksanakan Program Ihya' Ramadhan. Sememangnya Program Ihya' Ramadhan penuh dan padat dengan aktiviti keagamaan yang boleh dimanfaatkan oleh semua warga.





Kini tiba giliran Unit Kokurikulum bagi meneruskan wacana SK Serkam Darat dalam memerikan wadah aktiviti yang berguna kepada semua warga SK Serkam Darat. Dengan bertemakan "Badan Cergas, Minda Cerdas" dan berasionalkan melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek,  dengan kerjasama semua ajk terlibat maka terancang perancangan aktiviti sepanjang bulan kecergasan pada tahun ini. Anataranya Senamrobik ( setiap pagi Selasa ), Klinik Futsal dan bola tampar ( 5hb Ogos), klinik badminton ( 19 Ogos ), larian berhalang ( 26 Ogos ), Ceramah, Pameran dan pemeriksaan Kesihatan ( 12 Ogos ) dan pertandingan mewarna dan Buku Skrap Kesihatan.

Bulan kecergasan ini telah melibatkan kerjasama bersama Bahagian Kesihatan Jasin dan Merlimau. Semoga dengan bermulanya bulan Kecergsanini akan menjadi titik mula bagi memastikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan sentiasa dijaga dan kawal berat badan ideal. Bersama-samalah kita menjayakan Bulan kecergasan SK Serkam Darat tahun 2014.

No comments:

Post a Comment