-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 18 August 2014

MARHABAN & RUMAH TERBUKA GURU SKSD 2014

Selepas beberapa syawal berlalu, kini Marhaban 2014 tiba kembali. Dengan kekuatan murid tahun 4 & 5 serta warga SKSD dalam memeriahkan sambutan Syawal, pasukan marhaban yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh Panitia Pendidikan Islam SKSD berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Alhamdullillah.

Bagi kelas PPKI SKSD juga tidak melepaskan peluang meraikan Syawal dengan mengadakan sambutan raya dan Marhaban mereka sendiri. Dengan kekuatan murid dan barisan guru PPKI SKSD telah berjaya  menjalankan program dengan baik dan sempurna.

Dalam kemeriahan menyambut syawal, terdapat juga guru yang telah mengadakan rumah terbuka. Bagi mengeratkan ikatan sillaturrahim dikalangan warga SKSD, program rumah terbuka boleh dijadikan program tahunan yang berupaya memberikan satu ikatan ukhwah di kalangan warga SKSD juga komuniti. Berikut sedikit rentetan bagi program tersebut.





















No comments:

Post a Comment