-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday, 30 September 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H / 2014M


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga semua urusan dipermudahkan dan di jauhkan segala masalah. Kami seluru warga SK Serkam Darat sentiasa mendoakan kesejahteraan semua. Bagi mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Semoga kalian selamat pergi dan kembali.

Sekolah akan mula bercuti 5- 6 Oktober 2014 dan 7 Oktober 2014 merupakan cuti peristiwa. Pejabat mula di buka pada 7 Oktober 2014.

Selamat bercuti.

Friday, 12 September 2014

LAWATAN KE BANDAR MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

TARIKH : 09 - 11 SEPT 2014
MASA : 8.00 - 12 TENGAH HARI
LOKASI : SEKITAR BANDAR MELAKA.

Pada musim peperiksaan UPSR iaitu 09 - 11 Sept 2014, pihak sekolah telah menganjurkan satu lawatan bagi murid-murid SK Serkam Darat kecuali murid tahun 6 ke sekitar bandar Melaka. Antara lokasi yang menjadi tumpuan kali ini ialah Melaka River Cruise, melawat muzium-muzium, mencuba basikal tayar tiga dan pelbagai lagi aktiviti yang tersedia di bandar Melaka.

Rata-rata pelajar menyatakan kegembiraan selepas pulang dari lawatan tersebut. Lawatan tersebut yang dijalanakn secara sistem penggiliran. Apa pun, semuanya telah selamat dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sedikit sisipan kenangan daripada lawatan tersebut.






 








Monday, 8 September 2014

MAJLIS RESTU UPSR 2014

TARIKH : 08 SEPT 2014
HARI : ISNIN
MASA : 7.45 AM
TEMPAT : DEWAN HAJAH MAIMUNAH KHAMIS

Hari ini, sebagai usaha pihak sekolah dan PIBG SKSD dalam memberikan semangat dan sokongan moral kepada semua calon UPSR SKSD 2014, Panitia Pendidikan Islam Dan Unit Peperiksaan SKSD sekali lagi menjalankan aktiviti tahunan khas bagi calon UPSR iaitu Majlis Restu 2014.

Alhamdulillah, sambutan dan kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan pada tahun ini. Kesungguhan dan keprihatinan ibu bapa dan penjaga calon UPSR 2014 membuatkan para guru lebih bersemangat dalam memberikan yang terbaik kepada semua calon UPSR 2014.

Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan semua calon UPSR 2014 SK Serkam Darat. Aamiin....







Friday, 5 September 2014

TAKLIMAT PBS 2014

TARIKH : 5 SEPT 2014
HARI : JUMAAT
MASA : 8.25 AM
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Pada 4 Sept 2014, GPK 1 dan juga Tuan Guru Besar telah menghadiri taklimat PBS 2014 di PPD Jasin. Melalui amanat yang telah disampaikan, Tn Hj Jeffery B Mohd Yunus telah menyampaikan bahan yang sepatutnya semua guru ketahui dalam menerima kedatangan jemaah nazir dalam masa yang terdekat ini.

Diharapkan dengan adanya taklimat dan penerangan ringkas ini , maka  semua warga SKSD dapat membuat persediaan yang sepatutnya.



Thursday, 4 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014 KE-3

TARIKH : 4 SEPT 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 6.45PM - 9.45PM
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

UPSR 2014 makin menghampiri. Debaran para guru terutamanya guru-guru tahun 6 adalah lebih lagi. Berusaha, berlatih tubi, motivasi dan pelbagai cara yang difikirkan baik telah dijalankan bagi memberikan yang terbaik bagi calon UPSR 2014 tahun ini. Sekali lagi buat kali terakhir bagi calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG SKSD telah melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2014.

Alhamdullillah, majlis telah berjalan dengan baik sekali. Dengan kerjasama yang terbaik daripada semua ibu bapa penjaga calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG merasakan ini adalah Majlis Solat Hajat Perdana yang paling baik yang pernah pihak sekolah anjurkan. Acara dinulakan solat maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan solat hajat berjemaah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sesudah membaca surah yasin beramai-ramai, kemudian diikuti dengan solat isyak berjemaah, seterusnya ucapan daripada tuan guru besar dan seteruysnya naib PIBG SKSD. Diharapkan dengan kerjasama, hajat dan doa yang dipohonkan semoga semua impian akan menjadi nyata. Aamiin.