-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday 4 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014 KE-3

TARIKH : 4 SEPT 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 6.45PM - 9.45PM
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

UPSR 2014 makin menghampiri. Debaran para guru terutamanya guru-guru tahun 6 adalah lebih lagi. Berusaha, berlatih tubi, motivasi dan pelbagai cara yang difikirkan baik telah dijalankan bagi memberikan yang terbaik bagi calon UPSR 2014 tahun ini. Sekali lagi buat kali terakhir bagi calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG SKSD telah melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2014.

Alhamdullillah, majlis telah berjalan dengan baik sekali. Dengan kerjasama yang terbaik daripada semua ibu bapa penjaga calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG merasakan ini adalah Majlis Solat Hajat Perdana yang paling baik yang pernah pihak sekolah anjurkan. Acara dinulakan solat maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan solat hajat berjemaah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sesudah membaca surah yasin beramai-ramai, kemudian diikuti dengan solat isyak berjemaah, seterusnya ucapan daripada tuan guru besar dan seteruysnya naib PIBG SKSD. Diharapkan dengan kerjasama, hajat dan doa yang dipohonkan semoga semua impian akan menjadi nyata. Aamiin.























No comments:

Post a Comment