-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 16 January 2015

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DUN SERKAM 2015

Tarikh : 14 Januari 2015
Hari : Rabu
Disempurnakan oleh YB En Zaidi Bin Atan.
ADUN Serkam.
Tempat : Dewan Hjh Maimunah Hasan

Pada 14 Januari 2015 bersamaan hari Rabu yang lalu, SK Serkam Darat telah menjadi hos bagi Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia, DUN Serkam bagi tahun 2015. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmian nya oleh YB En Zaidi B Atan, ADUN Kawasan Serkam. Majlis tersebut telah melibatkan 10 buah sekolah iaitu SK Serkam Darat, SK Bukit Tembakau, SK Dato' Hj Baginda, SJKC Kuang Hwa, SMK Seri Mahkota, SK Serkam, SK Pulai, SK Tedong, SK Sempang dan SMA As-Saiyidah Khadijah.

Majlis juga menyampaikan anugerah kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam pencapaian keputusan UPSR tahun 2014 yang lalu. Majlis telah berjalan lancar bermula jam 11.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran ibu bapa penjaga, murid dan guru dari sekolah yang terlibat dan berakhir dengan Majlis jamuan YB Bersama Guru besar-guru besar yang hadir.




































































































 



No comments:

Post a Comment