-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 20 January 2015

PELANCARAN VLE FROG PERINGKAT SKSD 2015

Tajuk : Pelancaran Vle Frog Peringkat Sekolah
Tarikh : 19 Januari 2015
Hari : Isnin
Perasmi : En Kamarudin B Temu

Sebagai selaku salah sebuah sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar, SK Serkam Darat terus bergerak aktif dalam memberikan semangat dan inspirasi bagi semua warga sekolah juga setempat dalam melibatkan diri dalam VLE Frog ini. Program kerajaan menelan kos yang besar ini tidak akan disia-siakan oleh semua warga SKSD dalam bersama-sama menjayakan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya.

Sehubungan itu, Unit ICT di bawah seliaan GPB nya iaitu En Agost bin Abu telah membuat satu Majlis Pelancaran VLE FROG peringkat sekolah yang mana telah dirasmikan oleh tuan guru besar SKSD iaitu En Kamarudin Bin Temu. Selain pelancaran tersebut, majlis juga telah menobatkan anugerah login terbanyak bagi tahun  2014 untuk 2 kategori iaitu murid dan guru. Bagi kategori murid, anugerah tersebut telah diberikan kepada adik Ahmad Azim Bin Atik dari kelas 5 Kreaftif manakala bagi kategori guru pula telah dimenangi oleh Pn Faridah Hanim Bt Ishak.

Selain itu juga, majlis telah menyerahkan juga tag id (smart card) kepada semua guru sebagai simbol kepada sekolah bestari yang menuntut sesuatu yang menampakkan jiwa dan semangat sebagai sebuah sekolah bestari.

Dalam majlis ini juga, majlis telah menyerahkan piala pusingan dan sijil juga hadiah (sebuah pc dan pencetak)  kepada pihak sekolah di atas kejayaan menjadi Johan Pertandingan Tahap ICT Sekolah-sekolah Negeri Melaka Tahun 2014 bagi kategori sekolah rendah peringkat negeri. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MDeC dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Anugerah tersebut telah dimenangi pada 24 November yang lalu dan diterima di Dewan Bestari JPN Melaka semasa musim cuti persekolahan yang lalu.

Sedikit bingkisan majlis.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 





No comments:

Post a Comment