-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 17 February 2015

LADAP 3 - TAKLIMAT ASEAN DALAM PDP

TARIKH : 16 FEB 2015
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 PM
TEMPAT : BILIK MUAFAKAT, SK SERKAM DARAT

Tahun ini Malaysia telah dilantik sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan semua sekolah untuk menyelitkan info tentang dan berkaitan ASEAN kepada semua warga sekolah dari murid hingga ke staf. Ini bagi memberikan sedikit sebnayak pengetahuan tentang negara-negara ASEAN dari segi agama, sosioekonomi, kebudayaan, dan sebagainya. Ini boleh memberikan ransangan minda bagi murid untuk mengetahui lebih baynak info berkaitan ASEAN di masa akan datang.

Justeru itu, GPK 1 SKSD, Tn Hj Jeffery B Hj Mohd Yunus telah diamanahkan bagi memberikan penerangan bagaimana pelaksanaannya di sekolah pula. LADAP 3 hadir dengan tajuk ASEAN DALAM PDP. Perjumpaan tersebut telah memberikan peringatan bahawa semua aktiviti pdp dan ASEAN akan dipantau. Bagi merealisasikan hasrat KPM ini, marilah semua bersama-sama menggembeling tenaga untuk berkhidmat kepada negara.

Sedikit coretan semasa LADAP 3.


 
 

 

 
 
 


No comments:

Post a Comment