-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday 11 February 2015

MERENTAS DESA 2015

TARIKH : 10 FEBRUARI 2015
HARI : SELASA
WAKTU : KO-KURIKULUM
JAM : 2.30 - 4.30 PM
DILEPASKAN OLEH : EN KAMARUDIN B TEMU

Pada hari ini, SK Serkam Darat dengan anjuran Unit Ko-Kurikulum SKSD 2015 telah melancarkan aktiviti mereka iaitu Aktiviti Merentas Desa 2015. Aktiviti telah dimulakan dengan menyemak kebenaran ibubapa dan kehadiran murid yang telah dijalankan oleh En Md Razif B Razali selaku setiausaha Unit Ko-Kurikulum SKSD 2015. Seterusnya aktiviti senam aerobik yang dipimpin oleh Pn Nor Azreen Bt A. Aziz dan Pn Suhaila Bt Ishak dan pasukan senam aerobik mereka. 

Selepas itu, taklimat Merentas desa diberikan oleh En Ainol Adnan B Ahmad. Aktiviti Merentas desa kali ini di bagikan kepada 8 kategori iaitu tahun 4 (lelaki & Perempuan), tahun 5 (lelaki & perempuan), tahun 6 (lelaki & perempuan) dan PPKI (lelaki & perempuan). Selain mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing, merentas desa kali ini adalah untuk mencari 4 orang murid bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Bukit Sedanan 2015 yang diadakan pada 14 februari 2015 iaitu hari sabtu. 

Anggaran jarak trek laluan merentas desa kali ini ialah 3KM. Di akhir larian, semua senarai pemenang diumumkan di dewan sekolah. Aktiviti berakhir tepat jam 4.30 petang.

Sedikit liputan yang sempat terakam dilensa admin.






























































































































































 










No comments:

Post a Comment