-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 14 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SKSD 2015

TARIKH : 13 FEBRUARI 2015
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Pada hari Jumaat yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah SK Serkam Darat. Majlis telah disambut dengan meriah dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Tn Hj Mohd Sani Bin Hj Bidin. Ternyata ceramah yang diberikan banyak memberikan kesan sehingga anak-anak SEDARA ini tidak mengantuk dan memberikan perhatian yang sebaiknya. Alhamdullillah. 

Sambutan kali ini dibuat dengan sedikit kelainan iaitu menyelitkan persembahan nasyid, maulid dan qasidah di antara ceramah dan ucapan. ternyata persembahan nasyid dan qasidah juga lunak sehingga menarik perhatian semua hadirin dewan semasa sambutan. 

Sesungguhnya Nabi Muhammad sewajarnya mendapat Junjungan yang terbaik kerana hanya Nabi Muhammad sahajalah kekasih Allah dunia dan akhirat. Jadi kita sebagai umat Nabi Muhammad saw seharusnya bersyukur dan berbangga kerana kita telah dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad saw. Jadi banyakkanlah berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Semoga kita semua mendapat syafaat. InsyaAllah.

 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

 



No comments:

Post a Comment