-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday, 14 March 2015

KEBERHASILAN MURID BULAN MAC 2015

TARIKH : 13 MAC 2015
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN HJ MAIMUNAH KHAMIS

Tanpa murid siapalah guru. Itulah yang menjadi kata penguat sebagai iltizam guru di SKSD bagi membentuk anak SKSD ini terus berjaya dalam semua bidang.

Pada Jumaat yang penuh berkat, telah dilansungkan majlis penyampaian hadiah bagi anak-anak SKSD yang telah seklai lagi mewangikan nama sekolah. hadiah telah disampaikan oleh Pn Noraidah Bt Hamid GPK HEM. 

Antara hadiah yang disampaikan ialah Kehadiran Terbaik Bulan Februari 2015, Kejayaan Meraih Tempat ke-3 di Program Outreach Pembestarian Lonjakan Saujana Pembelajaran Maya, dan kejayaan anak-anak PPKI SKSD dalam MTQ Zon Merlimau.

Sedikit foto yang sempat lensa admin paparkan.

 
 
 
 
 
 
 

 
 



 TAHNIAH & SYABAS!

Sunday, 8 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15

TARIKH : 07 MAC 2015
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TGH HARI
PERASMI : YB ENCIK ZAIDI BIN ATAN, ADUN KAWASAN SERKAM.

'Bulat air kerana pembentung, bulat organisasi kerana muafakat', begitulah sinonimnya sebaris pepatah melayu dengan pemuafakatan sesebuah organsasi. Pada 07 Mac yang lalu, SKSD bersama PIBG SKSD telah menjalankan satu Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB En Zaidi B Atan ADUN Kawasan Serkam. Walaupun sibuk dengan jadual politik harian, YB En Zaidi Atan sempat juga meluangkan masa beliau bagi menjenguk aktviti dan permaslahan yang ada dalam masyarakat beliau. Terima Kasih YB En Zaidi Atan.

Tidak kurang hebatnya juga dengan kehadiran ibu bapa penjaga yang sanggup meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Banyak kemusykilan dan usul baru dibangkitkan oleh ibu bapa. Pihak ajk PIBG bersama pihak pentadbir SKSD, alhamdulillah telah dapat menyelesaikannya dengan baik.

Sambil bermesyuarat, hadirin dihidangkan dengan persembahan qasidah dari anak-anak SKSD yang cukup berbakat dan juga cabutan bertuah. Boleh dikirakan hampir 90% hadirin yang hadir menerima bahagian masing-masing. Tahniah dan syabas.

Sedikit coretan semasa mesyuarat berlansung.