-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday 1 April 2015

BENGKEL MENJAWAB UPSR BAHASA MELAYU

TARIKH : 31 MAC 2015
HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MUAFAKAT,
SK SERKAM DARAT

Pelbagai cara telah diambil oleh pihak sekolah dalam memberikan yang terbaik untuk anak didik nya. Dalam memastikan kecemerlangan UPSR khasnya untuk murid tahun 6, Unit kecemerlangan SKSD telah mengundang seorang pemeriksa kertas subjek Bahasa Melayu bagi menerangkan segala aspek pemarkahan, kesilapan dan kecuaian murid semasa menjawab dan tips yang boleh diaplikasikan semasa menjawab soalan.

Bengkel dilaksanakan pada waktu koku dimana murid tahun 6 diberikan keutamaan bagi bengkel ini dan telah ditangguhkan jam 4.30 petang. Diharapkan dengan adanya bantuan seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan calon UPSR SKSD khasnya dalam menjawab semua kertas UPSR dengan yakin dan pastinya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam genggaman.

Sedikit cebisan lensa pengarang.

 
 


No comments:

Post a Comment