-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 22 May 2015

LAWATAN MUHIBBAH PIONEER PRIMARY SCHOOL

TARIKH : 22 MEI 2015
HARI : JUMAAT
LOKASI : KAWASAN SEKOLAH.

Pada 22 Mei yang lalu, SKSD telah menerima satu kunjungan dari Pioneer Primary School of Singapore.
Program ini telah diberi nama Program Lawatan Muhibbah Pioneer Primary School. Lawatan yang lebih bertujuan kepada menjalin ikatan persahabatan antara dua negara selain mengenali adat resam dan kebudayaan penduduk setempat, mereka juga telah diberikan merasakan sendiri kuih muih tradisional setempat, merasa sendiri buah bidara, mengenali secara dekat pokok petai dan mengembara di taman herba sekolah.

Mereka juga turut dibawa mengenali secara dekat pokok padi yang terdapat di kawasan sekolah.Rata-rata dari mereka amat teruja dengan pengalaman yang jarang-jarang mereka dapati ini. Bagi pihak sekolah, pengalaman sebegini akan lebih mengeratkan ikatan persaudaraan dan dapat memberikan juga pertukaran buah fikiran dan perkongsian pengalaman yang menarik dari kedua-dua buah negara serumpun ini.

Berikut sedikit cebisan kenangan yang sempat terakam di lensa pengarang.

 

 
 
 
 
  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
  
 
 
 
 
 
 
  

No comments:

Post a Comment