-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday, 30 June 2015

MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG TN HJ ISMAIL MENHAD.

TARIKH : 30 JUN 2015
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Ibarat belayar sudah tiba di pelabuhan, ibarat berlari sudah tiba di garisan penamatnya. Begitulah antonimnya sebuah perjalanan seorang guru.Tn Hj Ismail B Menhad kini telah menamatkan perhidmatan beliau sebagai warga pendidik. Hampir 36 tahun juga beliau bergelumang dengan dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar. Jawatan terakhir beliau semasa pencen merupakan GPK PPKI SK Serkam darat. Kini tiba masanya untuk beliau berehat bersama isteri dan keluarga.

Beliau yang telah banyak menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran pastinya telah banyak menjadi petunjuk arah kepada semua guru muda yang berada di sekeliling beliau. Contoh yang baik dan sikap rendah diri beliau menjadikan semua warga selesa bila bersama beliau. Beliau juga amat mudah bersahabat dengan sesiapa sahaja. Beliau yang juga gemar memasak dan berkebun sering menunujukkan contohterbaik untuk teladan semua.Sikap bersahaja beliau juga turut menjadi sisipan memori bagi kami yang terus menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam.

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi itu telah memuatkan seribu satu nostalgia perjalanan, pengorbanan dan rentetan kehidupan seorang manusia yang bergelar guru. Walaupun di keheningan pagi ramadhan, namun beliau tetap ceria dihari persaraan beliau.

Sedikit rentetan majlis yang disediakan.