-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2017, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Penggunaan e-PM & e-TH On-line secara VLE Frog akan dimulakan tahun ini. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday, 25 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SK SERKAM DARAT

TARIKH : 25 JULAI 2015
HARI : SABTU
PERKARANGAN KANTIN & DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS
SK SERKAM DARAT.

Salam aidilfitri kepada semua warga SK Serkam Darat juga semua penduduk sekitar sekolah, dengan ingatan tulus ikhlas. Dari itu, SK Serkam Darat telah menganjurkan satu majlis hari raya peringkat sekolah SK Serkam Darat. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan ikatan silaturrahim semua warga sekolah terutamanya guru-guru baharu yang belum berkesempatan mengenali antara satu sama lain. inilah masa dan ketikanya bagi anak-anak serta warga SK Serkam Darat untuk mengenali dengan lebih rapat mereka ini.

Turut diadakan pertunjukkan fesyen Aidilfitri oleh anak-anak SKSD, serta nyanyian lagu raya dari murid dan GPK 1. Selain itu turut diadakan nyanyian lagu raya beramai-ramai.

Sedikit kenangan bagi majlis tersebut.