-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 11 July 2015

MAJLIS IFTAR KELAB KELUARGA GURU & STAF SK SERKAM DARAT

TARIKH : 10 JULAI 2015
HARI : JUMAAT
LOKASI : KANTIN & SURAU
SK SERKAM DARAT.

Jumaat yang lalu, Kelab Keluarga guru & Staf SKSD telah menganjurkan majlis Iftar bersama seluruh ahli keluarga besar Kelab Keluarga SKSD. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang telah disertai oleh separuh dari ahli keluarga Kelab Keluarga SKSD. Majlis ini telah mendapat sambutandari semua pihak guru juga keluarga ahli kelab.

Menu atau juadah yang diesediakan ialah hidangan nasi ambeng juga beberapa juadah tambahan yang dibawa oleh warga kelab Kelaurga SKSD. Majlis anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam ini adalah julung kali nya diadakan dan berhasrat agar majlis seperti ini  akan dijadikan majlis tahunan bagi Kelab Keluarga SKSD.

Terdapat juga buah durian untuk dirasa yang mana buah durian tersebut telah disumbangkan oleh En Ainol Adnan B Ahmad dan juga Ustaz Elais Zaidy b Mohd Yusof. Terima kasih kepada mereka di atas sumbangan tersebut.

Majlis kali ini juga turut dihadiri oleh bekas Pembantu am Pejabat SKSD yang pertama Iaitu En Mustafa B Jaamat. Beliau yang hadir bersama isteri tercinta telah dapat bersama sehingga ke akhir majlis Iftar. Majlis di sudahi dengan ucapan GPK 1 SKSd iaitu Tn Hj Mohd Jeffery Bin Hj Mohd Yunus, juga majlis bersalam-salaman sesama ahli keluarga.

Sedikt cebisan kenangan yang dapat dikongsikan bersama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

 
  
 
 
 
 

 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment