-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 24 July 2015

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADAHAN 1436H/2015M

TARIKH : 14 JULAI 2015
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS
SK SERKAM DARAT

Pada hari selasa yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SK Serkam Darat telah melansungkan Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan. Majlis tersebut telah disempurnakan oelh GPK 1 SK Serkam Darat iaitu Tn Hj Mohd Jeffery Bin Hj Mohd Yunus.

Majlis telah dimulakan majlis Khatam Al-Quran. Kali ini lebih kurang 40 orang murid telah berjaya khatam Al-Quran melalui program tadarus yang dijalankan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Majlis juga telah memuatkan beberapa siri sumbangan kepada anak-anak yatim, penyampaian hadiah bagi semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan, sumbangan dari pihak Mydin Melaka juga sumbangan orang perseorangan kepada anak-anak yatim.

Mjalis ini juga telah menyaksikan sebuah perpisahan seorang guru iaitu Pn Noraidah Bt Hamid yang kini bergelar guru besar SK Parit Gantung. Sedikit majlis perpisahan jug turut dilaksanakan. Walaupun berat melepaskan, tapi tanggungjawab keguruan harus terus diteruskan.

Majlis kali ini merupakan antara majlis yang mempunyai banyak pengisian dan meneyntuh hati kerana bagi menangisi pemergian ramadhan Al-Mubarak dan seorang guru yang berkaliber juga meraikan ketibaan syawal yang bakal menjengah beberapa hari lagi.

Sedikit kenangan semasa majlis tersebut.


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






























































































































































No comments:

Post a Comment