-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday 9 July 2015

PROGRAM CERIA DI PAGI AIDILFTIRI 2015

TARIKH : 08 JULAI 2015
HARI : RABU
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT KO-KURIKULUM
SK SERKAM DARAT BERSAMA MYDIN MELAKA.
PESERTA : ANAK-ANAK YATIM, SKSD ( 21 ORANG)

Pada 8 Julai 2015, anak-anak yatim SKSD telah dibawa dengan menaiki kenderaan MYDIN Melaka untuk pergi membeli kelengkapan untuk persediaan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan sokongan Unit Ko-Kurikulum yang diberi nama Program Ceria Di Pagi Aidilfitri telah mendapat kerjasama dari Pihak sebuah pasaraya terkemuka Malaysia iaitu Pasaraya MYDIN Melaka. 

Kebanyakan dana yang diperolehi semasa kutipan derma yang telah diinfakkan oleh semua warga sekolah dan juga sumbangan orang-perseorangan telah disalurkan bagi golongan yang kurang berkemampuan terutamanya anak-anak yatim. Rata-rata mereka yang turut serta dalam program ini telah menyatakan rasa syukur dengan nikmat yang diterima. Semoga bersama-samalah kita merayakan kejayaan kita bersama di Pagi Aidilfitri yang Ceria nanti.

Sedikit cebisan kenangan bersama.

 

 
 
 
 



No comments:

Post a Comment